Alyani Jamal
Busy busy busyyy

January 26, 2012

Ulser mulut...

 

 
 
 Hyeee...hari ni tiba-tiba rajin nak updatee...hewhew..>,<  bangga tak...haha..tahu tak kelakar..okey hari ni Alyani nak share sikit la tentang ulser mulut ni...actually Alyani dah kene 2 kali dah ulser mulut ni...sakit gilaaa tahu...tak lalu nak makan 3 minggu...lama tak ..? Jom baca ---->


Kenapa kerap kena ulser mulut...
Ulser mulut adalah luka di dalam kawasan lembut mulut anda. Ulser ini nampak seperti tompokan warna putih. Ulser mulut boleh terjadi berulang kali,ia mungkin dalam satu tompok atau berkumpulan,2 hingga 5 tompok. Ulser akan sembuh tanpa meninggalkan parut. Penyakit ulser ini kerap berlaku di bahagian pipi dan ada kalanya di bahagian lidah dan gusi.


Simptom-simptom ulser mulut...
Tompokan warna putih dan terasa sakit apabila bersentuhan dengan makanan. Tompokan ini boleh berlarutan 7 hingga 14 hari. Ulser mulut menyebabkan anda hilang selera untuk makan dan minum kerana sakit mulut. Kadangkala anda berasa malas untuk bertutur. 
 

Mengapa ulser mulut boleh terjadi...
-Jangkitan bakteria, virus atau fungus...
-Kesemua golongan umur boleh terkena penyakit mulut ulser.
-Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur.
-Ulser juga boleh disebabkan kerana kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah dan terkena dawai alat ortodontik.
-Pengambilan zat besi, asid folik dan vitamin B 12 yang tidak mencukupi.
-Sistem imuniti badan yang lemah
-Alahan
-Radioterapi
-Kimioterapi
-Sebab-sebab yang tidak diketahui.


Kaedah menangani ulser mulut...
 Jika anda kerap mengalami ulser,amalkan, Penjagaan kesihatan mulut yang baik seperti:

-Pemeriksaan gigi berkala
-Gigi yang bersih
-Amalkan makan secara sihat
-Elakkan pengambilan jus yang masam dan makanan pedas.

Petua merawat ulser mulut...
-Gunakan pencuci antiseptik mulut.
-Sapu ubat ulser mulut seperti gel atau krim penahan sakit
-Makan makanan lembut
-Elakkan makan makanan panas dan pedas
-Banyakkan minum air


Thanks youu.

No comments:

Post a Comment